Aliff Syukri Dan Shahida Sumbang Zakat RM1 Juta, Harap Dapat Bantu Insan Memerlukan | Oh! Media

Aliff Syukri Dan Shahida Sumbang Zakat RM1 Juta, Harap Dapat Bantu Insan Memerlukan | Oh! Media

Siapa tidak kenal dengan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi.

Kali ini, Datuk Aliff Syukri menjadi kebanggaan dan inspirasi ramai apabila mampu membayar zakat perniagaan sehingga RM1 juta!

Syarikat Aliff Syukri sumbang zakat RM1 juta

aliff syukri zakat

Dalam majlis yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), usahawan berkenaan bersama isteri, Datin Seri Shahida menyerahkan mock check bernilai RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

ā€œKeberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahakā€

Menurut Shahida, perkongsiannya di media sosial mengenai majlis penyerahan tersebut bukanlah untuk menunjuk atau riak.

Sebaliknya, mereka mahu memberi motivasi kepada individu dan syarikat lain agar menjalankan kewajipan menunaikan zakat jika berkemampuan.

Jelasnya lagi, keberkatan dalam setiap keuntungan itu penting dan berharap zakat dapat membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

#OhmediaNasihat

Seperti yang kita ketahui, Aliff Syukri dan isteri memang konsisten mengeluarkan zakat setiap tahun. Kita sepatutnya menjadikan pasangan ini sebagai inspirasi untuk menunaikan tanggungjawab sosial dan agama, kerana keberkatan adalah kunci rezeki yang melimpah.


Scroll to Top