Pempengaruh Bulan Terima Cemuhan Gara-Gara Imej S*ksi – “Saya Hanya Jual Kopi, Bukan Jual Tub*h!”

Pempengaruh Bulan Terima Cemuhan Gara-Gara Imej S*ksi – “Saya Hanya Jual Kopi, Bukan Jual Tub*h!”

Pempengaruh yang semakin dikenali, Bulan atau nama sebenarnya, Mabel Ira, 27, mendedahkan pernah menerima mesej berbaur lucah susulan imejnya yang seksi dan mencolok mata di media sosial.

Menurut Bulan, walaupun berpenampilan sebegitu, dia hanya fokus menjual produk kopi tanpa bancuh jenama Liquffe dan bukan menawarkan perkara lain.

“Memang saya tampil seksi, bertatu, tetapi saya hanya jual kopi tanpa bancuh, bukan jual diri. Saya tak faham bagaimana ada yang menuduh saya mencari wang dengan cara tak elok sedangkan hari-hari saya berniaga dan buat siaran langsung di media sosial untuk rezeki halal.

“Inilah diri saya sejak kecil, tetapi itu tak bermakna saya wanita murahan. Walaupun saya jual kopi, masih ada yang mesej benda-benda pelik dan tidak tahu malu,” katanya.

Sebagai seorang penari tradisional Sarawak dan pengasas Liquffe, Bulan menjelaskan bahawa kebanyakan pelanggan pada awalnya bertanya tentang produk, namun ada segelintir yang meminta layanan berlebihan.

“Ada yang kaitkan kopi ini dengan tenaga dan hubungan intim. Saya tak marah, tapi janganlah keterlaluan. Hormatilah wanita, walaupun mereka tampil seksi. Jangan anggap kami ‘murah’ atau mudah dipergunakan untuk perkara tidak elok.

“Saya kerja siang malam cari rezeki halal, jadi tolong hargai usaha saya. Apa pun, saya bersyukur kerana keluarga dan sahabat selalu menyokong. Mereka tahu betapa sukarnya saya membangunkan perniagaan ini,” katanya lagi.

Bulan turut menambah, impiannya adalah membantu wanita, khususnya suri rumah, untuk berjaya dalam perniagaan.

Dalam usaha menyahut seruan kerajaan menangani isu pengangguran, Bulan memperkenalkan kopi tanpa bancuh berbentuk cecair pertama di Malaysia, Liquffe sebagai peluang untuk masyarakat, terutama suri rumah, menjana pendapatan tambahan.

“Liquffe adalah singkatan kepada Liquid Coffee. Ia membolehkan penggemar kopi menikmatinya dengan mudah tanpa perlu membancuh. Ini salah satu sebab permintaan semakin meningkat.

“Tambahan pula, ia menggunakan nektar kelapa yang bagus untuk kesihatan. Ramai suri rumah telah mula menjual produk ini, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan tanpa mengabaikan keluarga,” jelasnya.

Bulan menekankan, produk ini bukan sahaja menjadi peluang perniagaan, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan.

“Kopi tanpa bancuh ini menggunakan bahan organik dan berasaskan tumbuhan, termasuk nektar kelapa yang kaya dengan nutrisi. Ia membantu menstabilkan paras gula dalam darah, melawan keradangan, meningkatkan metabolisme, dan menjaga kesihatan usus.

“Proses penyelidikan selama tiga bulan memastikan rasa kopi terbaik tanpa gula putih, digantikan dengan nektar kelapa. Ia sesuai untuk mereka yang ada masalah kesihatan seperti kencing manis,” katanya lagi.

Bulan berharap usaha ini dapat memberi manfaat besar, bukan hanya dari segi kewangan, tetapi juga kesihatan masyarakat.

Scroll to Top