Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua, Netizen Sebak Tengok Video Kejutan

Elisya Sandha Umum Hamil Anak Kedua, Netizen Sebak Tengok Video Kejutan

Pelakon Elisya Sandha berkongsikan khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua serta meluahkan rasa syukur diatas rezeki zuriat diberikan.

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Elisya turut membuat kejutan buat suaminya, Uzair Haqimy yang dilihat mengalirkan air mata apabila melihat keputusan ujian kehamilan.

“Bismillahirahmanhirahim. Syukur Alhamdulillah for another biggest Rizq in life. Terima kasih atas doa kalian, Bunga nak jadi kakak dah,” tulisnya.

Menerusi video sama Elisya dan suaminya turut membuat kejutan buat keluarga mentua iaitu pelakon Sheila Rusly yang menangis kegembiraan apabila mendapat tahu perkhabaran berkenaan. Dalam video itu, turut dikongsikan gambar imbasan kehamilan tertulis 12 minggu 6 hari.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Bunga Elhaq kini berusia dua tahun.

SUMBER: mStar Online


Scroll to Top