Netizen Bitter Intan Najuwa Bersalin Secara Caesarean, Fatin Afeefa Tampil ‘Backup’ – “Jenis Muka Busuk, Hati Busuk”

Netizen Bitter Intan Najuwa Bersalin Secara Caesarean, Fatin Afeefa Tampil ‘Backup’ – “Jenis Muka Busuk, Hati Busuk”

Pelakon Fatin Afeefa tampil mempertahankan rakan baiknya, Datin Intan Najuwa selepas ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan aktres itu bersalin secara pembedahan atau czer.

Kata Fatin, tindakan itu bukanlah kehendak Intan dan netizen tidak patut mempersoalkan perkara itu.

Menganggap kata-kata netizen sebagai jahat, Fatin bagaimanapun membalas stigma masyarakat apabila ramai yang berkata bahawa melahirkan secara normal itu bagus, manakala bersalin secara czer sebagai jahat.

“Intan czer pun bukan dia nak tapi netizen yang ‘alhamdulillah beanak normal’… ‘kenapa mesti czer’ tu jahat… adalah jenis muka busuk, hati busuk.

“Tuhan belum uji, sebab tu macma tu,” katanya.

Perkara itu diluahkan Fatin menerusi komen balas yang ditinggalkan pada hantaran video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya.

 

Menjenagh ke ruangan balas, rata-rata netizen tampil mempertahankan Fatin.

Bahkan, ada juga yang berkongsi pengalaman sama diruangan komen tersebut.

Sekadar info,  Intan selamat melahirkan bayi perempuan, Imane Lunara secara pembedahan pada 15 Disember lalu.

Scroll to Top