Proses perceraian antara pelakon Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil nampaknya masih belum menemui jalan penyelesaian. Diana nekad untuk membuat tuntutan nafkah tertunggak daripada Farid selepas merasakan isu ini semakin dipanjangkan tanpa penyelesaian.
Menurut laporan Oh Bulan, Diana berkata peluang yang diberikan kepada Farid seolah-olah tidak dihargai dan tuntutan nafkah adalah langkah terakhir bagi meluahkan kekecewaannya.
Tindakan seterusnya, saya memutuskan untuk tuntutan nafkah kerana apabila dia memanjang dan memberatkan isu, saya rasa peluang yang saya berikan hanya sia-sia.
Diana Danielle akan gugurkan tuntutan nafkah jika Farid Kamil melepaskannya
Walaupun begitu, Diana menjelaskan dia sedia menggugurkan tuntutan tersebut sekiranya Farid bersetuju untuk melepaskannya. Namun, jumlah nafkah tertunggak dan tempoh tunggakan itu tidak akan didedahkan kepada umum.
Tuntutan nafkah adalah tuntutan sebelum ini yang tertunggak. Saya tak perlu beritahu tunggakan itu berapa lama tapi kekecewaan saya ini saya akan luahkan dengan cara sepatutnya. Kalau dia lepaskan saya, saya gugurkan tuntutan nafkah.
Farid perlu bertanggungjawab
Peguam mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir, turut mengesahkan tuntutan nafkah itu akan difailkan memandangkan Farid masih sah sebagai suami anak guamnya.
Sebagai suami, dia masih nak teruskan ikatan perkahwinan ini, jadi dia perlu bertanggungjawab.
Disebabkan kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 24 Mac 2025 sebagai tarikh sebutan semula dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
#OhmediaNasihat
Perkahwinan sememangnya penuh dengan dugaan dan memerlukan komunikasi serta persefahaman antara kedua-dua pihak.
Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan secara baik, adalah lebih elok untuk mengikuti saluran undang-undang yang betul. Jangan biarkan isu tertangguh hingga membawa lebih banyak kerumitan.