MARA Masih Ada Budi Bicara, Gesa Che Ta Tampil Dan Bincang Hutang RM1 Juta | Oh! Media

MARA Masih Ada Budi Bicara, Gesa Che Ta Tampil Dan Bincang Hutang RM1 Juta | Oh! Media

Nama pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau mesra dikenali sebagai Che Ta. Nampaknya, sekali lagi menjadi bualan hangat selepas pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendakwa beliau gagal membayar hutang mencecah RM1 juta.

BACA: Rozita Che Wan Respon Isu Hutang RM1 Juta MARA

Minggu lepas, pihak MARA telah mengambil tindakan tegas dengan memfailkan kebankrapan terhadap pelakon itu, susulan kegagalan Che Ta melunaskan hutang berkenaan dalam tempoh tujuh tahun.

MARA tuntut Che Ta beri kerjasama dan berbincang

Kredit foto: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Terbaru, menerusi laporan Berita Harian, Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata prosedur pemfailan kebankrapan akan diteruskan jika Che Ta gagal membayar balik pinjaman berkenaan.

Ini bukan tindakan mahkamah kali pertama (dikenakan terhadap Che Ta), (masuk) ini sudah kali kedua dan sekarang ini yang paling penting datanglah kepada MARA dan bincang.-Katanya

Kredit foto: Instagram Che Ta

Beliau juga berkata, setakat ini Che Ta atau peguamnya tidak ada hadir ke pejabat MARA bagi membincangkan mengenai penstrukturan semula hutang tersebut.

Difahamkan, Che Ta membuat pinjaman berjumlah RM960,000 melalui syarikat RCW Worldwide Sdn Bhd yang dimilikinya. Bagaimanapun, tindakan writ penyitaan dan penjualan (WSS) harta pelakon terbabit tetap diteruskan.

Wang MARA adalah hak rakyat

Kredit foto: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Menerusi Facebook rasmi, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, beliau meingatkan kepada semua peminjam yang bermasalah untuk hadir berbincang, tindakan hanya diambil jika peminjam berdiam diri dan tidak memaklumkan masalah mereka.

MARA sering peringatkan kepada semua peminjam bermasalah untuk datang berunding. Ada yang tak endah. Sebab itu tindakan mahkamah diambil kerana wang dipinjam itu hak rakyat.-Tegasnya


Scroll to Top