Mungkin disebabkan terlalu leka melihat Lambo Syamsul Yusof, pemandu kereta di sebelah kenderaan sport pengarah tersohor itu terlanggar kereta di hadapannya.
Masing2 bergerak perlahan
Menerusi video yang dikongsi media sosial k1exotics, kereta sport yang dipandu Syamsul tersebut dilihat bergerak perlahan sebelum berlakunya pelanggaran dua kereta lain di lokasi sama.
Lambo Syamsul Yusof lalu sebelah je
Pengarah tersebut dilihat sempat membuka tingkap sebelum bergerak melepasi pelanggaran dua buah kenderaan berkenaan mungkin bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalu lintas.
Lambo Syamsul Yusof punya pasal, kereta lain pula excident
Dalam video tersebut, dapat dilihat kereta jenis Audi yang dipandu seseorang telah melanggar bahagian belakang kenderaan jenis serba guna (MPV).
Pemandu MPV yang terkejut segera keluar dan Syamsul juga sempat melihat situasi yang berlaku sebelum video terbabit berakhir.
Artikel lain: Lamborghini Syamsul Yusof berasap tepi jalan, netizen kaitkan dengan ‘karma’
Nasib orang kaya langgar orang kaya
Menjengah ke ruangan komen TikTok k1crtv, ramai yang mengaggap bahawa pemandu kereta jenis Audi itu leka memandang sportcar milik pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang terlihat cukup menarik.
Walau bagaimanapun, mereka mempertahankan Syamsul dengan mengatakan dia langsung tiada kena mengena dengan kemalangan yang berlaku dan pastinya bukan kesilapan datang dari kereta yang dipandu.
Pemandu ‘silau’ tengok kereta Syamsul kot
Hahaha dapat agak pemandu Audi tu terhilang fokus
Salah siapa kalau macam ni
Difahamkan, Syamsul Yusof atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 40 memandu kereta sport jenis Lamboghini Aventador dan sebelum ini sudah beberapa kali berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Sumber: TikTok k1exotics