Pempengaruh dan juga usahawan, Uncle Roger jual nasi goreng murah sikit di pusat beli belah MyTown berbanding restoran pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur kerana lokasi tersebut tidak mempunyai banyak kedai jenama mewah.
Menerusi video yang dikongsi TikTok Bestfoodmy, Uncle Roger memaklumkan nasi goreng yang sebelum ini dijual RM18 sepinggan di Pavillion telah diberi diskaun RM2 menjadi RM16 di MyTown.
Uncle Roger jual nasi goreng RM16 di MyTown
Dalam perkongsian tersebut, pempengaruh itu menyatakan perbezaan harga berkenaan susulan lokasi MyTown yang tidak mempunyai kedai barang berjenama mewah sebanyak di Pavilion dan pastinya pengujungnya juga berbeza.
“…sebab MyTown bukan Pavilion. Di tingkat bawah Pavilion ada kedai Gucci, Louis Vuitton, Hermes.
“MyTown tingkat bawah ada F.O.S, Focus Point dan Mr. DIY.
Jika pusat beli belah ada Mr. DIY, kita tak boleh beri harga RM18, terlalu mahal,” ujarnya berseloroh.
Uncle Roger jual nasi goreng murah sikit, tapi ‘portion’ lebih
Dia juga menjelaskan bahawa ‘portion’ untuk nasi goreng dijual di restorannya juga ditambah walaupun harga tetap RM16 kerana mengambil kira rakyat Malaysia yang suka memakan nasi.
“‘Portion’ nasi goreng kita juga akan lebih banyak kerana rakyat Malaysia sukakan nasi,” tambahnya lagi.
Artikel lain: JAKIM perjelas restoran Uncle Roger belum layak mohon sijil halal, minima 3 bulan operasi
Geng T20 boleh lepak situ tak?
Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada netizen di media sosial yang berseloroh mengenai harga yang dijual mengikut lokasi.
Ada juga yang baru tahu bahawa pempengaruh itu boleh bercakap dalam bahasa Melayu memandangkan konten-kontennya sebelum ini banyak bertutur menggunakan bahasa Inggeris.
Okay la Uncle Roger jual nasi goreng diskaun RM2
Bukan sebab diskaun, tapi sebab lokasi la kiranya ni?
Jarang dengar Uncle Roger cakap BM
Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. Jika ada duit lebih, tak salah mencuba makanan yang dijual di restoran pempengaruh berkenaan walaupun diskaun yang diberi masih terdengar mahal buat sesetengah pihak.
Sumber: TikTok Bestfoodmy