Lelaki maut disambar buaya ketika lalu jambatan

Lelaki maut disambar buaya ketika lalu jambatan

am@hmetro.com.my

Sandakan: Seorang lelaki warga asing maut disambar buaya di kawasan setinggan pembuangan sampah di Batu 8, di sini, kelmarin.

Kejadian 8.20 malam ketika mangsa berusia 28 tahun dalam perjalanan ke rumah abangnya dengan melalui jambatan kayu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sandakan, Superintendan K Ramasamy berkata, hasil siasatan awal polis mendapati, ketika dalam perjalanan melalui jambatan kayu itu, mangsa disambar oleh seekor buaya.

Katanya, mangsa sempat menjerit dan meminta pertolongan.

“Mayat mangsa ditemukan oleh ahli keluarganya kira-kira dua meter dari lokasi kejadian pada 9.30 malam, hari sama.

“Terdapat kesan gigitan buaya di beberapa bahagian tubuh mangsa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Duchess Of Kent di sini untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top