Video Promosi Lama Tular Semula, Warganet Dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 Guna Kertas Putih Nak Tunjuk Duit Berkepuk?

Video Promosi Lama Tular Semula, Warganet Dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 Guna Kertas Putih Nak Tunjuk Duit Berkepuk?

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan didakwa menggunakan duit kertas berjumlah RM100 yang disyaki palsu kerana mahu menunjukkan wangnya berkepuk.

Dakwaan tersebut timbul dalam sebuah video tular di aplikasi TikTok memaparkan Rozita atau lebih mesra sebagai Che Ta mengajak pengikutnya untuk berbelanja, sekali gus berpeluang untuk memenagi hadiah wang tunai.

“Hari ini kita nak pergi shopping. Kalian berpeluang untuk memenangi wang berkepuk-kepuk ini,” katanya.

@mk_mediia

Membalas kepada @pengirandemak #rozitachewan #cheta #tiktoknews #beritatiktok #mkmedia #mkmediamalaysia

♬ bunyi asal – Media Update – Media Update

Bagaimanapun, apa yang menjadi sorotan ramai adalah wang bernilai RM100 didakwa duit telah dicetak menggunakan kertas putih biasa.

Rata-rata netizen mengkritik Che Ta setelah ‘kantoi’ menggunakan duit palsu.

“Perasan tak duit RM100 tu atas dia kosong dan putih saja,”  kata netizen.

“Duit fotostat ke tu?,” tulis netizen lain.

“Bersih dan suci warna duit RM100 tu. Baru lepas hantar dobi ke?,” ujar netizen.

Sebelum ini, nama Che Ta hangat menjadi sebuan ramai setelah didakwa berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM1 juta.

Meskipun menjadi sorotan ramai, namun Che Ta dilihat kekal tenang menghadapi kontroversi itu.

Artikel Berkaitan: “Tulislah Apa Nak Tulis Selagi Tak Jatuh Fitnah”- Che Ta

Artikel Berkaitan: Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

Artikel Berkaitan: Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

Artikel Berkaitan:  Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

Scroll to Top