Orang kata tinggal dekat bandar ni masa banyak habis atas jalan. Pergi kerja kena hadap jam, balik kerja pun kena ulang perkara yang sama. Manakan tidak, ini semua sebab termakan ‘momokan’ penjual hartanah yang menawarkan kediaman impian di pinggir bandar.
Tapi malangnya bila dah overcrowded, sama je rasa macam tinggal kat bandar.
Sebab tu, sebelum beli rumah korang kena fikir masak-masak. Pada kami tak salah tinggal di bandar, jika ia dapat memberikan ketenangan fikiran dan menjimatkan masa. Nak pergi mana-mana dekat, kemudahan awam pun dekat!
Miliki Rumah Impian Di The Vesta Residences, Setiawangsa KL
Segala Keperluan Hanya Beberapa Langkah dari Rumah
The Vesta Residences memastikan segala keperluan harian korang mudah dicapai. Hanya dua minit berjalan kaki nak ke AEON AU2 Setiawangsa, kat korang boleh settle banyak urusan seperti membeli-belah, makan malam, tonton wayang (ada TGV) atau sekadar nak cari barangan runcit.
Nak ke pusat membeli belah seperti TRX, Giant SuperMarket atau tempat tumpuan seperti KLCC (5 stesen saja) atau Merdeka 118 korang boleh naik LRT Setiawangsa.
Dengan projek MRT3 yang siap tak lama lagi, akses ke rangkaian pengangkutan awam Kuala Lumpur akan jadi lebih lancar. Korang boleh jalan kaki je tau nak ke stesen MRT bila siap nanti.
Selain tu, kalau korang memandu kereta, The Vesta Residences mempunyai akses ke lebuh raya utama seperti SUKE, MRR2, AKLEH, SPE, dan DUKE, menjadikan perjalanan harian lebih cepat dan mudah.
Selain tu, lokasi kediaman ini juga strategik kerana berdekatan dengan kemudahan kesihatan dan pendidikan antaranya KPJ Ampang Puteri, Gleneagles Medical Centre, Brighton International School, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa dan SMK Taman Keramat.
Kesihatan dan Rekreasi Hanya Dari Rumah
The Vesta Residences merupakan kediaman masa kini, yang menggabungkan kemudahan bandar dengan kemudahan alam semula jadi untuk menyokong gaya hidup sihat.
Bayangkan korang mulakan hari dengan bersenam di gimnasium atas awam (sky gymnasium), bersantai dekat kolam renang infiniti, atau berehat di hammock garden.
Kediaman The Vesta Residences turut menawarkan pemandangan menakjubkan Bukit Dinding dan latar langit Kuala Lumpur- ideal bagi mereka yang menghargai keseimbangan alam dan kehidupan bandar.
Kediaman Luas Pilihan Terbaik Untuk Keluarga
Bila dah ada famili sendiri, kita pastinya mahukan ruang yang lebih luas dan selesa untuk setiap ahli keluarga. Di The Vesta Residences korang boleh menikmati ruang yang luas dan selesa untuk setiap fasa kehidupan.
Dengan ruang tamu dan ruang makan yang berkeluasan 6 meter, bilik utama, dua bilik tambahan, serta dapur yang lengkap, rumah ini memenuhi keperluan setiap ahli keluarga.
Ada 3 pilihan kediaman yang ditawarkan iaitu:
Type A: 715 sf (2 bilik, 2 bilik mandi)
Type B: 1,000 sf (3 bilik, 2 bilik mandi)
Type C: 1,125 sf (3+1 bilik, 3 bilik mandi)
Pilihan ini sempurna kalau keluarga nak berkumpul bersama atau hanya sekadar nak menikmati masa peribadi di rumah mengikut cara anda.
Kehidupan Bandar Impian Hanya di The Vesta Residences
The Vesta Residences lebih dari sekadar tempat tinggal, ia adalah gaya hidup eksklusif bagi mereka yang menghargai keselesaan, kemudahan, dan kelestarian di tengah bandar.
Adakah kediaman ini seperti yang korang impiankan? Hubungi (03) 9212-0457 atau layari SINI untuk meneroka langkah baru kehidupan di Setiawangsa.
Harga jualan bermula RM 408,000, lawat bilik pameran untuk gambaran maksima kediaman The Vesta Residences.
Bilik pameran dibuka pada 10 pagi-5 petang.Alamat: SkyWorld Gallery @ Setiawangsa di Waze atau Google Maps