Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkongsi rasa terkilan kerana tidak dapat menemani ibunya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Menurut laporan mStar, Cik B meluahkan rasa sedih apabila membayangkan ibunya menangis ketika berdoa di hadapan Kaabah menerusi Tiktok.
Kalau Mama pergi umrah mesti saya nak ikut sebab saya tahu mama mesti akan menangis setiap kali mendoakan untuk semua orang termasuk keluarga dan staf.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan video yang memaparkan wajah Vida menangis penuh emosi di hadapan Kaabah dan ianya telah membuatkan ramai netizen tersentuh.
Doa dan harapan Cik B
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin menitipkan doa buat ibunya agar sentiasa kuat menghadapi ujian kehidupan.
Ya Allah, tabahkanlah hati mamaku, kuatkanlah bahunya untuk memikul segala beban yang dia terima.
Cik B turut berjanji untuk sentiasa berada di sisi ibunya dalam apa jua keadaan.
Saya sayang dan rindu Mama.
Dugaan buat Datuk Seri Vida
Sebelum ini, sebanyak 727 barangan Datuk Seri Vida telah disita dari banglo tiga tingkat miliknya di Meru Heights, Ipoh kerana kegagalan menjelaskan bayaran kepada syarikat kontraktor sebanyak RM1,060,285 sejak 2018.
Kes ini bukan sahaja memberi tekanan kepada Vida, malah turut memberi kesan kepada anak-anaknya yang sentiasa ingin melihat ibu mereka gembira dan tenang.
#OhmediaNasihat
Hubungan anak dan ibu adalah sesuatu yang sangat istimewa. Luahan hati Cik B ini mengingatkan kita tentang pentingnya sokongan emosi dalam keluarga, terutamanya ketika berdepan dengan dugaan besar. Hargai masa bersama ibu bapa dan sentiasalah mendoakan kebaikan buat mereka.