Barisan terbaik JDT hadapi KL City

Barisan terbaik JDT hadapi KL City

rizar@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta’zim, Hector Bidoglio bakal menurunkan barisan terbaik apabila berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, malam esok.

Bidoglio berkata, walaupun menang selesa 3-0 pada aksi Liga Super, beliau mengambil pendekatan berbeza apabila sekali lagi berdepan skuad kendalian Miroslav Kuljanac yang dijangka tampil dengan corak permainan berbeza tatkala mereka berkelebihan beraksi di laman sendiri.

Tambahnya, barisan pemain JDT perlu mengekalkan corak permainan berintensiti tinggi dengan mengawal bola di posisi tengah selain menggerakan perrmainan di posisi sayap kiri dan kanan untuk melakukan percubaan ke pintu gol lawan.

“Ia perlawanan berbeza antara saingan liga dan Piala Malaysia. Bagi kami Piala Malaysia adalah piala perlu dipertahankan dan kami perlu fokus terhadap diri sendiri malah harus terus mempertingkatkan lagi kualiti permainan.

“Malah kami perlu tingkatkan lagi skil individu apabila turun beraksi pada aksi suku akhir selain pemain juga harus menjalani proses pemulihan selepas megharungi jadual perlawanan padat dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan saingan liga.

“Justeru kami perlu tampil dengan corak permainan agresif untuk mencari bekalan selesa untuk dibawa bagi menghadapi aksi timbal balik di gelanggang kami 21 Disember ini, pemain tidak boleh bersikap sambil lewa dalam aksi pertama nanti,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top