Pelakon Mazlina Hassan Nodin atau lebih mesra disapa Lana Nodin akan menunaikan ibadah umrah bersama suami dan anak-anaknya di tanah suci makkah.
Menerusi hantara yang dimuat naik oleh Lana Nodin di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk mengerjakan umrah tanpa menggunakan mana-mana agensi atau pakej yang tersedia ada.
Lana Nodin bawa keluarga tunai umrah
Instagram will load in the frontend.
“Alhamdulilah tahun ni Allah swt mengizinkan kami sekeluarga mengerjakan umrah DIY bersama suami dan anak-anak,” katanya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata tersebut menzahirkan ucapan penghargaan kepada ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Lana Nodin bawa keluarga tunai umrah
Artikel lain: Fattah Amin bawa keluarga tunai umrah – “Doakan urusan kami dipermudahkan..”
“Terima kasih sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang mendoakan perjalanan kami selamat sampai disini.
“Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati anda semua dan semoga perjalanan umrah ini mendapat hidayah untuk kami sekeluarga dan menjadikan umrah ini umrah yang mabrur. Insya-Allah, amin,” ujarnya.
Sekadar info, Lana mendirikan rumah tangga dengan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud pada 15 Mei 2015 iaitu setahun selepas lelaki itu memeluk agama Islam.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Gia Quinn McKienzie, 9 , dan William Daud McKienzie, 6.
Sumber: Instagram @Lana Nodin