Pelakon Wanita Maut Ditarik Ombak Besar Ketika Yoga Di Tepi Pantai Koh Samui, Thailand | Oh! Media

Pelakon Wanita Maut Ditarik Ombak Besar Ketika Yoga Di Tepi Pantai Koh Samui, Thailand | Oh! Media

Percutian seorang pelakon wanita dari Rusia, Kamilla Belyatskaya berakhir tragedi apabila mangsa maut ditarik ombak besar di Thailand.

Memetik laporan New Straits Times, mangsa ketika itu sedang duduk bermeditasi (yoga) di atas batu besar menghadap pantai terletak di Lad Ko Viewpoint, Koh Samui.

Ditarik ombak tinggi semasa yoga di kawasan berbatu

Kredit foto: The Mirror

Sebelum kejadian berlaku, Kamilla ada memuat naik video menyatakan rasa seronok dapat berada di Koh Samui. Malah, dia menggambarkan pantai itu sebagai “tempat terbaik di dunia”.

Media Thailand tempatan melaporkan, ada saksi melihat mangsa melakukan yoga di kawasan berbatu tersebut beberapa saat sebelum ditarik ombak.

Saksi cuba untuk menyelamatkan mangsa tetapi gagal dan pasukan penyelamat tiba 15 minit selepas kejadian.

Usaha menyelamat gagal

ombak besar

Usaha pihak penyelamat untuk sampai kepada mangsa dengan segera terhalang berikutan ombak setinggi sembilan kaki.

Mayatnya kemudian ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi pemandangan tersebut.

Ketua Pusat Penyelamat Koh Samui, Chaiyaporn Subprasert menyatakan bahawa sistem amaran dan bendera merah sudah dipasang di kawasan berisiko tinggi semasa musim monsun.

Namun, beliau menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku di kawasan pemandangan yang indah, bukan di zon berenang, yang mana pengunjung mungkin tidak menjangkakan ombak besar secara tiba-tiba.

Sebagai langkah keselamatan, pihak berkuasa perbandaran Koh Samui telah menutup akses ke kawasan berbatu tersebut bagi memastikan keselamatan orang awam.


Scroll to Top