Konflik penceraian pempengaruh Cik Epal dan bekas suaminya, Jofliam nampaknya masih berlarutan sehingga kini.
Terbaru, usahawan Pizza Wagyu Jofliam mencabar bekas isterinya bersama-sama menjunjung al-Quran membuat siaran langsung menceritakan apa sebenarnya yang terjadi dalam perhubungan mereka.
“Buktikan pada Allah dan mari sahut seruan ini” – Jofliam

Malah, orang ketiga yang dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan terbabit turut bersedia melakukan hal yang sama.
Dewi dalam satu hantaran di Instagram Story mahu menutup cerita yang tidak berkesudahan ini dan sanggup bersumpah laknat bahawa dia bukan punca penceraian tersebut.
Jofliam berani cerita dari A sampai Z

Sementara Jofliam pula berani bercerita daripada mula sampai akhir bagaimana lafaz cerai taklik boleh berlaku terhadap Cik Epal.
Dia sanggup memegang al-Quran dan bersumpah bahawa apa yang diceritakan adalah benar. Usahawan ini mencabar Cik Epal menyahut seruannya jika berada di pihak yang benar dan tidak menfitnah.
“Kenapa tak WhatsApp? Dia memang suka Instagram”

Di hantaran lain, Jofliam berkata dia mahu membuat live di dua platform iaitu TikTok dan Instagram sambil memegang al-Quran tanpa sebarang filter muka.
Dia berharap Cik Epal tidak menjadikan cabaran ini sebagai alasan untuk menyembunyikan anak seperti yang pernah berlaku sebelum ini.
#OhmediaNasihat
Nampaknya kes ini semakin panjang dan tidak berkesudahan. Apa-apa pun didoakan semoga kedua-dua pihak dapat menyelesaikan konflik secara matang dan meneruskan hidup masing-masing.
