Rasa Hidup Tak Lengkap & Lemah Iman, Ika Nabella Paksa Diri Baca Al-Quran Setiap Hari

Rasa Hidup Tak Lengkap & Lemah Iman, Ika Nabella Paksa Diri Baca Al-Quran Setiap Hari

Pelakon, Ika Nabella mengakui hidupnya seperti tidak lengkap serta lemak iman sekiranya tidak konsisten membaca al-Quran setiap hari.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Ika berkata dia akan memaksa dirinya untuk membaca al-Quran sekurang-kurangnya tiga muka surat selepas solat.

“Saya sentiasa memaksa diri saya untuk membaca Quran selepas solat dan saya rasa tidak bermotivasi sebab apa? Sebab lemah dengan duniawi.

“Iman saya? Lemah-selemahnya, jadi kalau dapat baca tiga muka surat, saya rasa sangat bersyukur. Saya sentiasa percaya, usaha yang berpanjangan adalah kuncinya.

“Insya-Allah, walau apa jua keadaan kita sentiasa berusaha dan perbaiki,” katanya.

Sementara itu, Ika sempat memberi nasihat kepada pengikutnya menggalakkan mereka membaca al-Quran sekurangnya satu muka surat segarj.

“Cuba (baca Quran), kalau awak larat boleh baca lima muka surat setiap hari. Tetapi kalau ada kerja (sibuk) baca tiga muka surat sudah bagus.

“Kalau malas sangat sebab bateri badan rendah, dapat baca satu muka surat sehari pun okay.

“Saya harap perkongsian saya tidak membuat anda muak. Saya hanya mahu berkongsi perjalanan hidup dalam sosial media,” katanya.

Scroll to Top