Laluan ke Rantau Panjang dari Jambatan Lubok Jong ditutup

Laluan ke Rantau Panjang dari Jambatan Lubok Jong ditutup

am@hmetro.com.my

Pasir Mas: Laluan ke Rantau Panjang, dari Jambatan Lubok Jong ditutup kepada semua kenderaan kecuali milik pasukan penyelamat bermula petang ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pasir Mas menerusi laman Facebook memohon kerjasama daripada semua masyarakat untuk patuh kepada arahan semasa.

“Jangan merumitkan lagi keadaan supaya pihak pasukan penyelamat dapat melaksanakan tugas tanpa sebarang masalah,” katanya.

Sementara itu, paras Sungai Golok di Rantau Panjang semakin meningkat kepada 11.63 meter (m) sehingga jam 2 petang iaitu melebihi paras bahaya 9 m.

Keadaan itu menyebabkan semakin ramai penduduk di Rantau Panjang dan Pasir Mas berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang kini mencecah 13,539 mangsa yang berada di 44 PPS.

Paras air Sungai Golok itu jauh lebih tinggi jika dibandingkan banjir bah kuning pada 2014 hanya merekodkan bacaan 10.84 m sahaja.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top