Selangor tekad benam Muangthong untuk terus mara

Selangor tekad benam Muangthong untuk terus mara

sukan@hmetro.com

Kuala Lumpur: Selangor FC mahu menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri menewaskan wakil Thailand, Muangthong United dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) II di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Khamis ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, sekiranya barisan pemain boleh memastikan tiga mata dalam perlawanan itu, sudah pasti peluang ke pusingan seterusnya akan lebih mudah.

“Kalau kita menang lawan Muangthong, kita sudah layak ke pusingan seterusnya.

“Jadi kita perlukan satu kemenangan lagi untuk layak dan akan lihat dalam perlawanan akan datang ini.

“ACL II pun baru untuk kita, jadi kita letak sasaran untuk layak ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sebelum ini, Selangor FC meletakkan sasaran awal iaitu melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu memandangkan kejohanan itu baru diadakan dan tiada rekod mengenainya secara terperinci.

Ketika ini, Red Giants berada di tangga kedua Kumpulan H dengan tujuh mata sementara Muangthong pula di tempat ketiga dengan lima mata.

Wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC memimpin kumpulan dengan sembilan mata.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top