Dulu bawa lelaki masuk rumah, Dr Say tangkap bibik lakukan kekerasan pada anak pula

Dulu bawa lelaki masuk rumah, Dr Say tangkap bibik lakukan kekerasan pada anak pula

Seakan pisang berbuah dua kali, pempengaruh terkenal, Dr Say tangkap bibik lakukan kekerasan ke anaknya pula selepas sebelum ini kantoi membawa masuk lelaki ke bilik sewaktu dia tiada di rumah.

Menerusi hantaran yang dibuat Dr Say atau nama sebenarnya, Muhammad Shazril Shaharuddin, dia berasa kecewa apabila peluang kedua yang diberikan kepada pembantu warga Filipina itu dipersia-siakan apabila berani melakukan kekerasan terhadap anaknya yang masih bayi.

Dr Say tangkap bibik lakukan kekerasan ke Baby Zeq

Dia mengetahui perihal perkara tersebut susulan melihat sendiri rakaman kamera litar tertutup yang ada dirumahnya sewaktu pembantu terbabit melakukan tindakan tidak wajar.

Jelas Dr Say, pada awalnya dia memberi tugas kepada pembantu tersebut untuk menguruskan anak-anaknya yang sudah bersekolah, namun sewaktu sedang berada di Jepun bersama isteri, pembantu warga Filipina itu membuat tindakan sendiri dengan menukar tugas yang diberikan dengan seorang lagi pembantu warga Indonesia.

“Baru-baru ni, dia koyak ke tak tahu, dia ada buat kekerasan ke baby Zeq.
“Mujur saya ternampak lagi sekali dari CCTV,” luahnya kesal.

Dr Say tangkap bibik buat hal lagi, kali ini tak boleh nak maafkan

Susulan itu, dia sudah tidak dapat memaafkan kesilapan yang dilakukan pembantu tersebut selepas dua kali membuat onar sehingga dia perlu mengambil tindakan sewajarnya.

Dia dengan serta merta meminta pembantu tersebut berhenti dari berkhidmat dengannya dan sudahpun menghubungi pihak agensi untuk memaklumkan perkara tersebut walaupun respon yang diterima agak mengecewakan.

“Dah buat kesalahan dua kali, yang pertama bawa lelaki tu, saya bagi peluang kedua. Kali kedua dia buat keganasan macam tu,”
“Cuma saya bernasib baik tak angkat tangan, sepak terajang dia, sebab saya fikir dia dah tolong saya setahun tujuh bulan,” katanya.

Artikel lain: Dr Say bengang pembantu rumah bawa masuk dua lelaki -“Buat projek, anak saya di tengah!”

Namun respon dari agensi cukup mengecewakan

Setakat ini, Dr Say memaklumkan yang dia sudah membelikan tiket untuk pembantunya pulak ke Filipina susulan dari tindakan keterlaluan yang dilakukan sebelum ini.

Namun begitu, menerusi luahan terbaru pempengaruh berkenaan, dia seakan tidak berpuas hati dengan syarat yang perlu diikuti dari pihak agensi sedangkan dia sebagai majikan sudah mengalami kerugian disebabkan tindakan pembantunya itu.

Dr Say tangkap bibik

Terdahulu, Dr Say pernah membuat pendedahan berkenaan perilaku dua orang pembantu yang membawa lelaki ke dalam rumah sewaktu ketiadaannya.

Disebabkan hal tersebut, dia telah memanggil pihak polis bagi membantu membawa keluar dua lelaki warga asing yang sedang berbaring di katil pembantu rumahnya.

Dia juga telah mengambil tindakan terhadap kedua-dua pembantu tersebut selepas kes berkenaan namun memberi peluang kepada bibik warga Filipina untuk meneruskan kerja selepas berjanji tidak mengulanginya lagi.

Sumber: Instagram say_shazril

Scroll to Top