Suami perlu ada impian tambah duit, merdekakan isteri dari bekerja – DMA Islam

Suami perlu ada impian tambah duit, merdekakan isteri dari bekerja – DMA Islam

TikToker kontroversi, DMA Islam gelar lelaki yang mahu pasangannya bekerja pelik disamping menegaskan suami perlu ada impian tambah duit dan memerdekakan isteri dari bekerja.

Menerusi satu hantaran di TikTok, DMA Islam berkata setiap suami harus menyimpan impian untuk tidak membiarkan isteri bekerja di bawah lelaki lain.

Suami perlu ada impian tambah duit

“Mana-mana suami yang suka dia punya bini tu bekerja, suami itu ada something wrong. Impian setiap suami mestilah memerdekakan dia punya isteri daripada bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza turut berkata dia faham sekiranya ada suami yang masih belum mampu untuk menampung keluarga sendiri tanpa bantuan kewangan dari isteri.

Katanya, seorang suami yang membenarkan isterinya bekerja mungkin mempunyai jumlah pendapatan yang rendah disamping menggelar lelaki sebegitu sebagai seorang yang ‘beta’ atau lelaki yang tidak dominan.

Merdekakan isteri dari bekerja, suami perlu ada impian tambah duit

Suami perlu ada impian tambah duit

“Aku faham, mungkin sekarang kau belum mampu untuk bini kau tak bekerja. Sebab apa? Sebab kau punya gaji sikit, kau miskin maka bini kau terpaksa bekerja untuk tanggung sama-sama.
“Kau masih di tangga Beta, kau tak betul-betul Alpha lagi,” ujarnya.

TikToker itu kemudian mempersoalkan adakah seorang suami yang membiarkan isteri bekerja tidak berasa cemburu sekiranya pasangan mereka ‘dikawal’ oleh lelaki iaitu majikan mereka lain di tempat kerja.

Artikel lain: DMA Islam luah hasrat jadi lelaki ‘powerful’, ada isteri layan nafsu tanpa had

“Tapi takpe, kau kena ada impian. Dalam hati kau ‘satu hari nanti aku nak tambah pendapatan yang sangat banyak supaya bini aku dah tak payah bekerja’.
“Kau kena ada impian gitu, walaupun sekarang kau belum mampu, takpe. Simpan impian itu.
“Sebab kau punya bini sekarang dikawal oleh seorang lelaki lain yang selain kau, iaitu bos kat syarikat dia. Kau tak rasa cemburu ke?” soalnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya bersetuju dengan kenyataan daripada DMA Islam dan menyokong TikToker tersebut.

Ini saya setuju, suami perlu ada impian tambah duit

Ni baru betul!

Antara ciri2 lelaki lemah, isterinya bekerja

Tak salah ambil nasihat yang betul

Sebelum ini, DMA Islam sering menerima kecaman dari netizen susulan kenyataan-kenyataannya yang sering menyentuh isu-isu kontroversi terutama topik mengenai wanita.

Sumber: TikTok dma_islamm

Scroll to Top