Selepas bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak kepada bekas isteri iaitu aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin, Fattah Amin sekali dilihat seakan meluahkan perasaannya terhadap anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi perkongsian terkini di Instagram, Fattah, 34, memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dia bersama anak perempuannya itu keluar berjalan-jalan ditemani ibu dan adiknya.
“Fatima, Daddy tahu Fatima suka Daddy dukung. Daddy tak kisah dukung Fatima selalu walaupun Fatima dah besar. Because you will forever be my precious baby,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen menitipkan doa yang baik-baik buat Fattah dan Fatima.
Bahkan, ada yang berharap agar mana-mana pihak tidak lagi mengecam Fazura dek kerana masing-masing sudah ‘move on’ dengan kehidupan mereka.
\
Terdahulu, peguam mewakili pelakon, Fattah Amin iaitu Puan Syamimi Ab Rahman memaklumkan anak guamnya itu bersetuju untuk memberikan hak penjagaan anak, Nur Fatima Aisya kepada bekas isteri, aktres jelita Nur Fazura Sharifuddin.
Syamimi berkata keputusan itu dibuat selepas Fattah dan Fazura bersetuju dengan segala terma yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Syamimi turut menjelaskan anak guamnya itu mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian.
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Dapat Hak Jagaan Fatima Sepenuhnya, Fattah Diberi Hak Bermalam 2 Kali Sebulan & Lawatan Harian 3 Kali Seminggu
ARTIKEL BERKAITAN:Teringat Anak Setiap Hari, Fattah Amin Luah Rasa Rindu Terhadap Fatima – “Dear Daughter, I Miss You”
ARTIKEL BERKAITAN:“Baru Ni Saya Ada Jumpa Fatima Tapi Keadaannya Tak Sama.. Mungkin Ambil Masa”- Fattah Amin
ARTIKEL BERKAITAN:Berkat Infak RM90,000… Fattah Amin Terima ‘Hadiah’ Kereta Mewah – “Allah Beri Lebih Dari Itu”
ARTIKEL BERKAITAN:Warganet Beri Gelaran Duda Terhangat, Ini Reaksi Fattah Amin – “Saya Tak Nak Komen, Tapi…”
ARTIKEL BERKAITAN:Tular Semula Rakaman Video Fattah Amin Mahu Jadi Muslim Yang Baik & Taat Perintah Allah… Netizen Komen: “He Adores His Wife! Tak Pernah Lupa Kebaikan Fazura”