Syarikat Bubblebee Sdn Bhd yang diusahakan pelawak Shuib Sepahtu dikenakan denda sebanyak RM17,500 atas tujuh pertuduhan melibatkan PERKESO.
Syarikat Bubblebee mengaku bersalah atas tiga pertuduhan kerana gagal membayar caruman majikan dan pekerja kepada PERKESO melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun berjumlah RM97.80 untuk bulan Oktober hingga Disember 2023.
Selain itu, pertuduhan keempat hingga keenam menunjukkan syarikat Bubblebee gagal membayar caruman keseluruhan RM17.40 untuk lelaki sama bagi tiga bulan yang serupa mengikut Sesyen 18 (1) Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) dan Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Pendaftaran dan Caruman) 2017.
Manakala pertuduhan ketujuh Bubblebee didakwa gagal mematuhi saman bawah Seksyen 110 (1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 di Pejabat PERKESO Selangor, pada jam 11 pagi, 10 Januari lalu.
Shuib dan pengarah mengaku bersalah
Oleh yang demikian, dua pengarah syarikat Bubblebee iaitu Shuib dan Koh Choon Guan mengaku bersalah atas semua pertuduhan tersebut.
Menurut Mahkamah Majistret Shah Alam, denda keseluruhan sebanyak RM15,000 bagi pertuduhan pertama hingga keenam. Manakala RM2,500 bagi kes ketujuh.
Sekiranya gagal membayar denda, kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman penjara dua bulan.