SPRM turut siasat syarikat hasilkan tudung jenama Duck

SPRM turut siasat syarikat hasilkan tudung jenama Duck

PETALING JAYA: Sebuah syarikat yang mengeluarkan produk tudung jenama Duck diasaskan usahawan dalam talian yang juga pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof sudah berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan SPRM terhadap syarikat dikenali sebagai 30 Maple Sdn. Bhd itu dibuat susulan kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) dalam FashionValet Sdn. Bhd. (FashionValet).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan SPRM akan melihat bagaimana syarikat itu boleh dibeli.

“SPRM turut menyiasat pembelian syarikat yang dikatakan menjadi milik pasangan usahawan itu termasuklah bagaimana ia boleh dibeli dan siapa memberi kebenaran.

“Siasatan juga menyentuh mengenSebuah syarikat yang mengeluarkan produk tudung jenama Duck diasaskan usahawan dalam talian yang juga pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof sudah berada dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).ai perbelanjaan wang pelaburan yang diperolehi, adakah ia menjurus kepada pembayaran pembelian 30 Maple,” katanya di sini.

Terdahulu, sebuah sebuah portal mendedahkan FashionValet membeli 30 Maple iaitu sebuah syarikat kini dimiliki sepenuhnya oleh Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar dengan harga RM95 juta. 

Portal itu mendakwa, pembelian itu dibuat pada tahun yang sama Khazanah dan PNB melabur RM47 juta ke dalam FashionValet, sebuah lagi syarikat yang turut diasaskan oleh Vivy dan Fadzaruddin. – UTUSAN

 

Scroll to Top