“Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga | Oh! Media

“Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga | Oh! Media

Perkongsian Neelofa menerusi podcast tentang bagaimana suaminya, PU Riz menjaga nafkah dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga mendapat perhatian warganet.

Dalam podcast itu, usahawan terbabit mendedahkan dia tidak pernah ‘menyentuh’ semua jenis bil seperti bil air dan api sejak mereka berkahwin.

Ujarnya, tanggung jawab menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian haruslah ditunaikan seorang suami.

Kadang-kadang I beli susu anak ke barang nak masak, ayam atau ikan macam tu dia tanya mana bil? Bila I tak mintak dia nampak plastik dekat dapur dia akan kata, “You beli barang? Jangan buat macam ni, ini I kena bayar.”

Kata Neelofa lagi, PU Riz mengajarnya tentang tanggungjawab suami yang perlu menjaga dan memberikan keselesaan kepada isteri selepas ‘mengambil’ wanita itu daripada tanggungan bapa mereka.

Jadi, kita berhak memberi hormat kepada dia (suami) untuk dia memimpin keluarga, kerana itulah kita kena tunduk kepada suami.

Namun, kata Neelofa lain situasinya jika suami tidak berkemampuan disebabkan uzur atau sakit. Di atas persetujuan bersama, si isteri dibolehkan untuk membantu suami.

Kesimpulan dan Nasihat Ohmedia

Ohmedia kagum dengan perkongsian Neelofa tentang cara PU Riz melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Ini adalah contoh yang baik untuk korang semua, terutamanya pasangan suami isteri, untuk saling memahami peranan masing-masing dalam rumah tangga.

Buat korang yang baru berumahtangga atau bakal mendirikan rumah tangga, ingatlah bahawa tanggungjawab suami bukan hanya sekadar mencari nafkah tetapi juga menyediakan keselesaan dan kesejahteraan untuk keluarga. Manakala, sebagai isteri, menghormati suami dan memberi sokongan adalah perkara penting bagi membina rumah tangga yang bahagia dan harmoni.

Korang boleh jadikan perkongsian Neelofa ini sebagai panduan untuk mencapai keseimbangan dan kebahagiaan dalam kehidupan rumah tangga korang.


Scroll to Top