“Dia Ingat Majlis Konvokesyen Ke Dapat Bunga?” – Netizen Sindir Ruhainies

“Dia Ingat Majlis Konvokesyen Ke Dapat Bunga?” – Netizen Sindir Ruhainies

Perkongsian pelakon Ruhainies menjadi perhatian apabila berkongsikan menerima sejambak bunga selepas pulang dari mahkamah bagi sebutan kes khalwat.

Bagaimanapun, menerusi komen di sebuah Instagram portal hiburan, gambar dikongsikan Ruhainies itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyindir aktres berkenaan.

BACA: “Kau Nak Sangat Ex Aku Tu, Kahwin Jelah” – Sarah Yasmine

Ada yang mengatakan aktres itu baru balik dari mahkamah dan bukan pergi ke majlis konvokesyen.

Tidak kurang juga, ada yang mendakwa Ruhainies membeli bunga tersebut untuk dirinya sendiri. Malah, ada yang turut hairan jika zaman dahulu individu yang ditangkap khalwat malu untuk tunjuk muka. 

Semalam, Ruhainies dan Aliff Aziz hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding sebutan semula kes khalwat.

Difahamkan, kes khalwat dua selebriti tersebut ditangguh dan perbicaraan disambung semula pada 20 dan 27 Februari 2025.

Scroll to Top