Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 42,438, lebih 99,246 cedera

Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 42,438, lebih 99,246 cedera
Angka korban di Semenanjung Gaza meningkat kepada 42,438, lebih 99,246 cedera

Rakyat Palestin berkabung atas mangsa yang dibunuh oleh tentera Israel di kem pelarian Jabalia, di sebuah hospital di Bandar Gaza. Foto Xinhua

GAZA – Pasukan pendudukan Israel telah melakukan dua pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh dan 93 yang lain cedera, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik laporan perubatan.

Pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan bahawa angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober 2023 telah meningkat kepada 42,438 orang manakala 99,246 individu dilaporkan cedera.

Seorang lelaki yang cedera dipindahkan ke hospital di Bandar Gaza, berikutan serangan udara Israel di bandar itu. Foto Xinhua

Seorang lelaki yang cedera dipindahkan ke hospital di Bandar Gaza, berikutan serangan udara Israel di bandar itu. Foto Xinhua

Sebahagian besar mangsa terdiri daripada wanita dan kanak-kanak.

Menurut sumber yang sama, perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat mencapai ramai mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan atau mayat bergelimpangan di jalan-jalan di seluruh kawasan konflik itu, kerana pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan pasukan pertahanan awam. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top