Nonny Nadirah Makan Sambil Tayang Paha Pula

Nonny Nadirah Makan Sambil Tayang Paha Pula

Sejak kebelakangan ini perkongsian Nonny Nadirah menjadi perhatian ramai dengan hantaran yang dimuat naik di media sosial sehingga ramai tertanya-tanya kenapa dengan pelakon dan penyanyi itu.

Terbaru, perkongsian Nonny menjadi tumpuan apabila memuat naik video makan sambil berdiri dalam keadaan berkemban.

BACA: Nonny Dedah Sihir Punca Tanggal Tudung, Masih Berpegang Ajaran Islam

Menerusi video itu, Nonny dilihat sedang makan berdiri sambil mengangkat kaki sehingga menampakkan bahagian pahanya.

Bukan itu saja, Nonny membasuh semula lebihan lauk dan membasuhnya agar boleh dimakan semula. Menurut Nonny ianya ayam semalam yang tidak habis dimakan.

“Ini ayam semalam tak habis saya basuh. Insya-Allah boleh makan,” katanya.

Nonny turut menulis kapsyen pada perkongsiannya itu mengatakan rohnya kini berada di Palestin, namun ruangan komen hantaran itu ditutup.

Scroll to Top