Tanah runtuh: Penduduk terjejas dibenarkan pulang hari ini

Tanah runtuh: Penduduk terjejas dibenarkan pulang hari ini

AMPANG – Penghuni di Jalan E6, Taman Melawati di sini yang terjejas akibat insiden tanah runtuh kini boleh menarik nafas lega apabila dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula pukul 6 petang ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan bersama agensi terlibat selepas kerja-kerja mitigasi pembaik pulih dilakukan yang memasuki hari ketiga.

“Selain itu, kerja-kerja laluan mitgasi dan penyelenggaraan cerun yang sedang giat dijalankan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

“Pada masa sama, kita nak maklumkan tiada pergerakkan baharu dikesan menerusi kajian yang dilakukan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG),” katanya dalam sidang media hari ini.- MalaysiaGazette

BERITA LANJUT MENYUSUL

Scroll to Top