Pelajar lelaki bawa ‘hanger’ ingatkan rakan untuk solat – “Sembahyang, baru boleh berjaya..”

Pelajar lelaki bawa ‘hanger’ ingatkan rakan untuk solat – “Sembahyang, baru boleh berjaya..”

Tular di media sosial memaparkan gelagat seorang pelajar lelaki bawa penyangkut baju untuk memperingati rakan-rakannya untuk solat telah berjaya tarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dapat dilihat pelajar lelaki yang dikenali sebagai Faizul Amri terbabit menyuruh rakannya yang terbaring di katil untuk mengerjakan ibadah wajib tersebut.

Dalam perkongsian tersebut, Faizul memberi nasihat kepada rakannya untuk menunaikan solat demi mencapai kejayaan di dunia dan akhirat dalam nada tegas.

Pelajar lelaki bawa

Pelajar lelaki bawa

Pelajar lelaki bawa

Artikel lain: Pemuda merangkak belajar solat undang sebak -“Dia telah buka jalan ke pintu syurga..”

Bagusnya ada kawan macam ni

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dengan sikap positif yang ditonjolkan Faizul dalam membimbing rakan-rakannya untuk jangan leka dengan urusan dunia sehingga melupakan perkara wajib.

Setiap manusia kena mainkan peranan masing-masing

Dalam pada itu, ramai berharap akan lebih ramai lagi generasi muda memainkan peranan seperti Faizul dalam memberikan contoh yang baik kepada orang lain.

Sumber: TikTok @Didi and friends

Scroll to Top