Penjual air diperkosa dua lelaki di Bekasi

Penjual air diperkosa dua lelaki di Bekasi

JAKARTA – Seorang gadis berusia 18 tahun menjadi mangsa rogol oleh dua lelaki tidak dikenali di Bekasi, Jawa Barat.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Raya Tengku Umar, Cikarang Barat, Bekasi, pada pukul 2.20 petang waktu tempatan, semalam.

Ketua Biro Hubungan Masyarakat Polis Metro Jaya, Ade Ary Syam Indradi mengesahkan kes tersebut dan sedang disiasat oleh Polis Metro Bekasi.

Dua saksi diminta untuk memberikan keterangan mengenai insiden tersebut.

“Mengikut kronologi, mangsa adalah seorang jurujual minuman. Ketika mangsa sedang berjalan, dua lelaki tidak dikenali telah memanggilnya,” kata Ade Ary pada Rabu.

Mangsa berusaha menghubungi rakannya, tetapi telefon bimbitnya telah dirampas oleh mereka sebelum bertindak merogolnya.

“Tidak lama kemudian, baju dan seluar mangsa dibuka secara paksa dan mangsa dirogol oleh dua lelaki tersebut,” tambahnya.

Selepas kejadian tersebut, seorang lagi lelaki muncul dan turut merogol mangsa.

Setelah insiden itu, mangsa melarikan diri dan ternampak kereta rakannya, lantas memasuki kereta tersebut untuk mendapatkan bantuan.

Susulan daripada kejadian itu, mangsa telah membuat laporan di balai polis Metro Bekasi untuk siasatan dan tindakan lanjut. – AGENSI

Scroll to Top