Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang

Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang
Kerajaan India luluskan kenaikan gaji penjawat awam di tengah kenaikan harga barang

Hampir 4.92 juta penjawat awam India pada Rabu menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus melalui elaun sara hidup (DA) sebagai pampasan terhadap kenaikan harga barang.

NEW DELHI – Hampir 4.92 juta penjawat awam India pada Rabu menerima kenaikan gaji sebanyak tiga peratus melalui elaun sara hidup (DA) sebagai pampasan terhadap kenaikan harga barang, lapor Xinhua.

Selain itu, seramai 6.49 juta pesara turut menerima kenaikan sebanyak tiga peratus dalam bantuan sara hidup (DR).

Menurut kenyataan rasmi, kenaikan DA dan DR itu akan berkuat kuasa secara retrospektif bermula 1 Julai. Langkah itu akan melibatkan implikasi kewangan kerajaan India lebih AS$1.12 bilion setiap tahun. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top