Fattah Amin Dapat Gelaran Duda Terhangat

Fattah Amin Dapat Gelaran Duda Terhangat

Pelakon Fattah Amin mengakui hilang kata-kata apabila mendapat gelaran ‘duda terhangat’ serta ‘ada Fattah untuk diaminkan’ daripada komen-komen netizen di media sosial.

Memetik Harian Metro, Fattah berkata dia terhibur dengan pelbagai komen diterima daripada netizen itu serta terharu dan bersyukur dengan sokongan positif diberikan kepadanya.

BACA: Fattah Amin Minta Jangan Ada ‘Team’, Kena Reda & Sabar

“Saya tak tahu nak cakap apa (terhadap gelaran dan komen netizen). Saya tak nak komen, tapi cuma ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang beri sokongan. Tanpa mereka siapalah saya.

“Alhamdulillah, dalam keadaan sekarang saya juga terharu dan banyak bersyukur dengan sokongan daripada peminat sejak dari dulu lagi. Dari saya belum kahwin, dah berkahwin dan sampai jadi macam ini (cerai),”  katanya.

Sementara itu, Fattah turut berterima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan buat dirinya serta tidak menyangka dengan sambutan luar biasa diterima ketika siaran langsung di TikTok.

“Alhamdulillah, saya kini lebih memberi fokus terhadap kerjaya seni serta perancangan membuka perniagaan dan juga anak saya, Fatima Aisya.

“Saya juga tak sangka sesi ‘live’ yang dibuat di TikTok baru-baru ini mendapat sambutan sangat baik dan di luar jangka daripada pengguna media sosial yang mengikutinya,” katanya.

SUMBER: Harian Metro

Scroll to Top