Duda terhangat Malaysia? Fattah Amin berterima kasih, terharu ramai sokong

Duda terhangat Malaysia? Fattah Amin berterima kasih, terharu ramai sokong

Sejak sah bercerai talak satu, terdapat segelintir warganet melabelkan pelakon Fattah Amin sebagai duda terhangat Malaysia.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin bagaimanapun tidak selesa untuk memberi sebarang komen mengenai julukan yang diberikan, lebih-lebih lagi selepas berpisah dengan aktres Fazura.

Duda terhangat Malaysia?

Sebaliknya, pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu hanya mampu berterima kasih kepada orang ramai terutama sokongan yang diberikan oleh peminat.

“Saya sebenarnya tak mahu komen, tapi saya ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong.
“Tanpa mereka siapalah saya. Saya berdiri di sini hari ini pun disebabkan mereka dan saya sangat bersyukur,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem dokumentari All Access To Rossa 25 Shining Years.

Syukur, masih ada peminat sokong

Ditanya mengenai sokongan peminat yang diterimanya ketika ini, pelakon filem Pendekar Awang sekali lagi hanya mampu mengucapkan terima kasih dan bersyukur kerana peminat menyokongnya dalam diam.

“Mereka sebenarnya sentiasa ada. Cuma mungkin sebelum ini mereka berdiam diri.
“Saya pun tak sangka mereka tiba-tiba kembali aktif dan menyokong saya,” ujarnya.

Artikel lain: Fattah Amin berhasrat buka bisnes pertama, mahu berniaga kambing perap

Sekadar info, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di Shah Alam, Selangor selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Kosmo! Online (Helmi Anuar)

Scroll to Top