“Nak Selamatkan Perkahwinan Buat Dari Awal, Bukan Di Pintu Mahkamah”

“Nak Selamatkan Perkahwinan Buat Dari Awal, Bukan Di Pintu Mahkamah”

Pelakon Diana Danielle berharap para suami untuk berjuang menyelamatkan rumah tangga dari awal lagi dan bukannya dilakukan di mahkamah pada hari perceraian.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Diana turut meminta agar tidak menjadikan ianya kebiasaan apabila di mahkamah baru nak selamatkan rumah tangga sebaliknya perlu dilakukan sejak awal lagi.

BACA: “Farid Kamil Terbaik Dalam Pujuk Isteri, Dia Betul-Betul Sayang Isteri” – Netizen

“Perempuan nak tengok usaha dalam perkahwinan, bukan ketika sudah berada di pintu mahkamah. Tolong jangan dijadikan kebiasaan, terhantuk baru nak usaha.

“Nak pelihara dari awal, bukan bila sudah tak boleh diselamatkan, lepas itu salahkan wanita yang dah tak mampu untuk memaafkan,” katanya.

Sementara itu, Diana turut meminta netizen tidak mengaitkan dirinya  dan suami, Farid Kamil dengan isu perceraian orang lain kerana setiap individu ada masalah mereka sendiri.

“Tolong jangan harap setiap orang mengikut cara individu lain. Harap berhenti kaitkan isu orang lain dengan saya dan suami.

“Setiap orang mempunyai mempunyai masalah sendiri untuk diuruskan. Kami pun masih dalam fasa mencari titik keserasian dalam ‘alam baru’. Sangat mencabar dan rujuk bukan untuk semua orang,” katanya.

Scroll to Top