Tiga nelayan mencandat sotong dikhuatiri hilang

Tiga nelayan mencandat sotong dikhuatiri hilang

am@hmetro.com.my

Chukai: Tiga nelayan dikhuatiri hilang selepas keluar mencandat sotong di perairan Kemaman dekat sini, sejak Ahad lalu.

Mangsa yang dikhuatiri hilang ialah Mokhtar Yusof, 69, dan anaknya, Mohd Syukri, 46, dan adik kepada Mokhtar, Mohd Nasir Yusof, 46.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan itu pada 4.44 petang, hari ini.

“Mereka kali terakhir dilihat pada 3 petang, Ahad lalu, ketika keluar mencandat sotong menggunakan bot nelayan nombor pendaftaran TRF 798,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, pihaknya mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 2.50 petang, hari ini.

“Kami melakukan pencarian sehingga 30 batu nautika di kawasan perairan Kemaman bagi mengesan kedudukan vesel itu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top