Hizbullah ikrar bebaskan sebarang tanah Arab yang dirampas Israel

Hizbullah ikrar bebaskan sebarang tanah Arab yang dirampas Israel
Sheikh Naim Qassem (FOTO: MNA).
– Advertisement –

BEIRUT: “Hari ini kami menyerang Haifa dan Tel Aviv. Ini adalah hasrat Sayyed Hassan Nasrallah. Hari ini, kami menyerang bagi membebaskan mana-mana bahagian wilayah yang dirampas secara haram pengganas rejim Zionis Israel.”

Timbalan Setiausaha Agung Hizbullah, Sheikh Naim Qassem pada Selasa berkata, beliau telah berikrar kepada Allahyarham Setiausaha Agung Hizbullah, Seyyed Hassan Nasrallah bahawa “Kami tidak akan melepaskan jalan penentangan… dan kami akan mengalahkan musuh Zionis dan menghapuskan mereka dari tanah kami di Lubnan.”

– Advertisement –

“Pengganas rejim Zionis telah mengasaskan kelangsungan hidupnya pada pembunuhan beramai-ramai, pemindahan orang yang tidak berdaya dan jenayah terutama di Palestin dan Lubnan.

“Sebelum anda bertanya mengapa Ribut Al-Aqsa berlaku, tanya mengapa pendudukan itu berlaku di tempat pertama,” tambahnya, lapor MNA.

Menurutnya, Ribut Al-Aqsa (Operasi pejuang Hamas pada 7 Okt 2023) adalah hasil daripada 75 tahun pendudukan haram Israel di Semenanjung Gaza dan ini adalah hak yang sah,” tegasnya.

Tambah beliau, rakyat Palestin berhak mengambil langkah untuk mengusir pengganas rejim penjajah dan menghalang penerusan mereka dalam merampas tanh milik Palestin.

“Israel mahu seluruh wilayah Arab dan Islam,” katanya yang memberi amaran kepada negara-negara serantau, sambil menyifatkan pengganas rejim itu sebagai ‘bahaya sebenar kepada rantau Timur Tengah dan dunia’.

Beliau menegaskan lagi, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sedang berusaha ‘mencari Timur Tengah yang baharu’.

“Kami sedang menghadapi bahaya Timur Tengah baharu yang cuba dimunculkan seperti yang dimahukan Zionis dan Amerika Syarikat,” ujarnya.

Beliau menyatakan, Kumpulan Penentangan Islam di Lubnan akan terus mempertahankan hak rakyat Palestin, sambil menambah bahawa pihaknya sedang berusaha mencapai gencatan senjata untuk Gaza.

“Tentangan kami adalah sah dan defensif, dan matlamatnya adalah untuk menentang pendudukan  haram pengganas rejim Zionis Israel dan membebaskan tanah Palestin.

“Kami di Lubnan tidak menganggap diri kami terpisah dari Palestin dan kami tidak menganggap wilayah itu terpisah dari Palestin,” tegas  Qassem.

Menurutnya lagi, pengganas rejim berada di Lubnan selama 22 tahun dan ia telah diusir dari negara itu selepas kemunculan Kumpulan penentangan Islam.

“Sejak minggu lalu, kami telah mula melaksanakan persamaan baharu dengan menyasarkan Haifa dan seterusnya setiap hari dengan tujuan untuk mengenakan kerugian dan kos sebenar kepada pihak musuh,” katanya. – HARAKAHDAILY 16/10/2024

– Advertisement –

Scroll to Top