4,407 mangsa banjir seluruh negara

4,407 mangsa banjir seluruh negara

mahaizura@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Seramai 4,407 mangsa banjir masih ditempatkan di 34 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara, setakat 3 petang ini.

Laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, semua mangsa daripada 1,338 keluarga berlindung di 34 PPS di enam negeri.

Di Kedah, 1,472 mangsa daripada 452 keluarga ditempatkan di 11 PPS di empat daerah iaitu Kota Setar, Baling, Pendang dan Pokok Sena.

Pada masa sama, 10 PPS dibuka di Hilir Perak; Kerian; Kuala Kangsar; Muallim; Perak Tengah serta Kampar, Perak bagi menempatkan 1,199 mangsa daripada 373 keluarga.

Sementara itu, seramai 1,622 mangsa daripada 487 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Temerloh, Pahang.

Selain itu, jumlah mangsa di Melaka semakin berkurangan apabila hanya 31 daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Jasin.

Di Johor, 17 mangsa daripada tiga keluarga masih ditempatkan di sebuah PPS di Batu Pahat manakala 66 orang daripada 16 keluarga di Selangor berlindung di dua PPS di Hulu Selangor dan Hulu Langat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top