Neelofa nasihat adik cari suami bertanggungjawab – “Bukan pasal cari duit, sediakan rumah..”

Neelofa nasihat adik cari suami bertanggungjawab – “Bukan pasal cari duit, sediakan rumah..”

Selebriti dan usahawan, Noor Neelofa nasihat adik perempuannya, Nur Ameera yang belum berkahwin untuk mencari suami yang bertanggungjawab dalam menggalas peranan sebagai seorang suami.

Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor berpandangan seorang lelaki mampu menjadi ketua keluarga yang baik sekiranya memahami tanggungjawab mereka dengan jelas berlandaskan ajaran Islam.

Instagram will load in the frontend.

Bekas pengacara program MeleTOP itu berkata demikian ketika sesi podcast Richman.Coffee yang turut menampilkan aktres Nora Danish.

“Saya ada seorang adik yang belum kahwin lagi, saya selalu cakap dekat dia kalau awak nak kahwin benda pertama kena cari orang yang faham tanggungjawab macam mana nak galas tanggungjawab tu
“Tanggungjawab dia bukan tanggungjawab dunia je, bukan pasal cari duit, sediakan rumah..tidak. Tanggungjawab dia sebagai hamba Allah, tanggungjawab dia sebagai future husband nanti.
“Jadi saya rasa kalau tanggungjawab tu dia jelas, banyak benda akan mudah tau. bukan kau kerja apa nombor satu, bukan muka macam mana, bukan suka kau siapa..tak,” ujarnya.

Neelofa nasihat adik

Neelofa nasihat adik

Artikel lain: Cakap buruk pasal bekas isteri depan anak, itu perbuatan budak sekolah – Sharnaaz Ahmad

Difahamkan, sesi podcast itu telah dirakam pada Julai 2024 dan ia tidak mempunyai kaitan terhadap isu tular yang berlaku, akhir-akhir ini.

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris pada 27 Mac 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Neelofa nasihat adik

Sumber: Instagram @Neelofa

Scroll to Top