Che Ta Kesal, Tegur Busana Artis Hadir Malam Anugerah Persis Baru Balik ‘Berjogging’ – “Kalau Dah B*doh Fesyen, Hire Lah Stylist!”

Che Ta Kesal, Tegur Busana Artis Hadir Malam Anugerah Persis Baru Balik ‘Berjogging’ – “Kalau Dah B*doh Fesyen, Hire Lah Stylist!”

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta meluahkan rasa tidak puas hatinya apabila tampil menegur penampilan selebriti yang hadir pada malam anugerah.

Katanya, penampilan yang menyerupai orang balik berjogging itu sangat tidak menghormati majlis.

Justeru, dia menasihatkan agar selebriti yang ‘kurang cerdik’ dalam memilih busana yang bersesuaian dengan majlis tersebut mengupah penata rias ataupun ‘stylist’.

“Pasal apa lah ada yang datang pergi anugerah pakai baju macam baru balik jogging! Sungguh tidak menghormati majlis.

“Kalau dah bodoh fesyen, hire lah stylist!,” luahnya.

Che Ta berkata demikian menerusi hantaran yang dimuat naik di ruangan Instagram stories miliknya baru-baru ini.

Walaupun tidak menyebut secara jelas majlis anugerah apakah yang dimaksudkan,  Che Ta berpendapat, memandangkan majlis anugerah tersebut tidak selalunya diadakan, adalah lebih baik jika artis mahupun selebriti yang datang tampil dengan fesyen ‘meriah’ bagi menghangatkan suasana.

“Sejuk sikit hati tuan rumah kalau artis yang datang ‘meriah’ fesyen nya. Lagipun majlis serupa ni bukan hari-hari kau nak kena muncul.

“Ada juga yang datang macam nak pergi kenduri. Tapi okay lagi lah dari yang datang macam baru balik jogging dan baru bangun tidur,” katanya.

 

Scroll to Top