Tular pengawal istana berdiri tutup mata, netizen luah kasihan – “Tukang rakam saja nak aibkan”

Tular pengawal istana berdiri tutup mata, netizen luah kasihan – “Tukang rakam saja nak aibkan”

Sejak semalam, tular di media sosial seorang pengawal istana berdiri tutup mata di pintu masuk istana dalam keadaan tidak stabil dirakam orang awam yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Menerusi video yang dikongsi pengguna Facebook dikenali sebagai Sky Sim, dapat dilihat pengawal istana tersebut bersungguh-sungguh menjaga kondisi diri agar tidak rebah sewaktu berdiri di situ.

Artikel lain: Anggota tentera tinggal nota “malaikat memanggilmu” sebelum maut kemalangan

Tular pengawal istana berdiri, netizen kecam tindakan tukang rakam

Tindakan perakam yang memuat naik video tersebut di media sosial telah menjadi persoalan netizen memandangkan ia dilihat seperti tidak beretika kerana sesuka hati menularkan perkara yang boleh mengundang kontroversi.

Kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kasihan disamping mengatakan bahawa individu yang merakam video terbabit sekadar mahu mengaibkan pengawal berkenaan.

Tular pengawal istana berdiri

Tular pengawal istana berdiri, netizen kasihan lihat individu terbabit diviralkan

Netizen  tanya motif rakam dan sebarkan

Boleh dikenakan tindakan

Walau bagaimanapun, video yang dikongsi tersebut telah dimuat naik pada bulan Ogos lalu. Individu yang merakam dan menularkan juga tidak dapat dipastikan.

Kebanyakan netizen di media sosial memaklumkan bahawa boleh jadi perakam bukanlah warganegara Malaysia mendengar ‘slang’ yang diutarakan sewaktu merakam video terbabit.

Seeloknya, video tersebut tidak dijadikan konten oleh mana-mana pihak kerana boleh mencetuskan pelbagai isu lebih-lebih lagi melibatkan pekerjaan pengawal istana terbabit.

Boleh jadi ketika kejadian dia berada dalam keadaan kurang sihat dan perkara tersebut sudah dijelaskan ke pihak atasan.

Sumber: Facebook sky sim

Scroll to Top