RICHARDSON, Texas, Oct. 10, 2024 (GLOBE NEWSWIRE) — Mavenir, Penyedia Perisian Rangkaian yang membina masa depan rangkaian dengan penyelesaian asli awan yang berfungsi pada mana-mana awan, hari ini mengumumkan bahawa teknologi pembelajaran mesin lanjutannya sedang digunakan oleh TPG Telecom untuk melindungi pengguna mudah alih daripada peningkatan kes penipuan dan panggilan suara palsu didorong AI – menyebabkan 280 peratus peningkatan dalam bilangan panggilan tipu daya disekat sebelum dapat menghubungi telefon mudah alih pelanggan TPG Telecom.

Syarikat telekomunikasi Australia telah pun mendapat manfaat daripada perlindungan teknologi SpamShield pintar Mavenir untuk pemesejan SMS selama beberapa tahun. Mavenir kini membekalkan penyelesaian CallShield yang kukuh dalam masa nyata –untuk melindungi pelanggan TPG Telecom merentas jenama Vodafone, TPG, iiNEt dan felix daripada gangguan dan ancaman panggilan automatik dan pemalsuan suara yang dimulakan oleh pemalsu.

Dalam enam bulan pertama pada tahun ini, teknologi CallShield Mavenir telah menyekat hampir 19 juta panggilan mudah alih palsu daripada menghubungi pelanggan Telecom. Jumlah ini sama dengan menyekat 103,000 panggilan haram daripada menghubungi pelanggan setiap hari dan lebih daripada tiga kali ganda 4.9 juta panggilan yang disekat dalam setengah tahun pertama 2023. Ini mewakili beberapa kiraan pencegahan panggilan penipuan dan spam tertinggi dalam industri.

TPG Telecom juga menggunakan platform SpamShield Mavenir untuk menghentikan SMS palsu daripada menghubungi pengguna mudah alih. Dalam enam bulan pertama 2024, teknologi Mavenir menyekat lebih daripada 59.6 juta mesej teks palsu daripada menghubungi pelanggan TPG Telecom.

Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CPS) secara globalnya sedang menghadapi aliran berkembang trafik spam dan palsu yang berterusan – merentas kedua-dua perkhidmatan data dan suara – yang semakin didorong oleh teknik AI canggih, menjadikannya sukar untuk dikesan dan dikawal. Selain mencipta pengalaman buruk untuk pengguna dan kerugian hasil yang signifikan untuk pengendali, laporan pada tahun 2022 oleh Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia menekankan bahawa penipuan telefon menyebabkan kerugian sebanyak A$141 juta yang membimbangkan bagi warga Australia. Pihak Berkuasa Komunikasi dan Media Australia (ACMA), penyelia sistem telekomunikasi negara tersebut, sedang menerajui industri untuk bertindak keras terhadap panggilan penipuan dan scam serta memastikan bahawa pengguna dilindungi secukupnya – menguatkuasakan pematuhan penyeliaan daripada pengendali dan menyokong pelancaran penyelesaian keselamatan berkesan daripada vendor teknologi. Penyelesaian CallShield Mavenir menggunakan teknologi pembelajaran mesin untuk menjalankan analisis keselamatan automatik dan perlindungan proaktif merentas perkhidmatan suara – membantu pengendali untuk berada satu langkah di hadapan berbanding penipu. Penyelesaian CallShield menyediakan CSP dengan kawalan 360 darjah untuk menangani situasi tertentu secara berkesan dalam rangkaian mereka dengan kelajuan dan kefleksibelan yang tiada tandingan. Walaupun pengesanan tradisional dan teknik pencegahan adalah berdasarkan peraturan berketentuan yang boleh dikesan dan dipintas dengan mudah, algoritma pengesanan ML dengan kepintaran terbina dalam menyesuaikan dengan keadaan rangkaian semasa dan pergerakan pelanggan untuk mengesan dan menyekat aktiviti cubaan daripada penghantar spam dan pemalsu secara berterusan.

Ketua Pegawai Teknologi TPG Telecom, Giovanni Chiarelli berkata: “Perniagaan kami dibina atas kepercayaan pelanggan kami. Kami komited untuk menerima teknologi baharu yang menyediakan perlindungan terbaik daripada gangguan dan ancaman bahaya hasad yang dibawa oleh penghantar spam dan penipu ini. Kami gembira bahawa teknologi CallShield Mavenir menyediakan analisis keselamatan automatik dalam masa nyata dan keselamatan berkesan untuk pelanggan merentas pekhidmatan suara kami”.

Jan Schaar, Naib Presiden Rantau Asia Pasifik untuk Mavenir, menambah: “Kelajuan dan kecanggihan teknik yang digunakan oleh penipu dan pemalsu bermakna bahawa pendekatan keselamatan reaktif berdasarkan “pelaporan” spam sahaja tidak lagi mencukupi. Untuk menawarkan pengguna mudah alih jaminan dan ketenangan yang mereka perlukan hari ini, kami perlu bekerja lebih keras dan lebih pintar, serta sentiasa berada satu langkah di hadapan pada setiap masa – belajar secara berterusan dan menjangkakan langkah penipu yang seterusnya. Platfotm SpamShield kami, dengan enjin didorong ML yang berkuasa, telah memberikan keselamatan dan perlindungan canggih dan proaktif merentas perkhidmatan pemesejan TPG. Kini kami gembira untuk meluaskan rangkuman penyelesaian dengan menyediakan teknologi CallShield kami yang kukuh – memastikan bahawa pengguna mudah alih TPG kini boleh menikmati perlindungan hebat yang sama daripada gangguan dan ancaman hasad yang hadir dalam bentuk panggilan suara tidak diingini”.

Nota kepada Editor:

Siaran Akhbar rasmi TPG – TPG Telecom menghentikan penghantaran spam dan penipuan daripada menghubungi pelanggan dengan penyekat panggilan baharu

CallShield – Mavenir

SpamShield / Pemalsuan Pemesejan – Mavenir

Perihal TPG Telecom

TPG Telecom ialah syarikat telekomunikasi Australia yang merupakan asal-usul bagi sesetengah jenama telekomunikasi yang digemari warga Australia termasuk Vodafone, TPG, iiNet, AAPT, Internode, Lebara dan felix. Sebagai syarikat telekomunikasi kedua terbesar yang disenaraikan di ASX, TPG Telecom mempunyai semangat pencabar yang teguh dan komitmen untuk menyampaikan perkhidmatan dan produk terbaik kepada pelanggannya. www.tpgtelecom.com.au

Hubungan PR TPG Telecom:
media@tpgtelecom.com.au

Perihal Mavenir:

Mavenir sedang membina masa depan rangkaian hari ini dengan penyelesaian asli awan, didayakan AI yang reka bentuk hijau, memperkasakan pengendali untuk merealisasikan faedah 5G dan mencapai rangkaian pintar, automatik dan boleh diprogramkan. Sebagai perintis Open RAN dan pengganggu industri yang terbukti, penyelesaian Mavenir yang memenangi anugerah menyampaikan automasi dan pengewangan merentasi rangkaian mudah alih secara global, mempercepatkan transformasi rangkaian perisian untuk 300+ Pembekal Perkhidmatan Komunikasi di lebih 120 negara, yang memberi perkhidmatan kepada lebih 50% daripada pelanggan dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.mavenir.com

Hubungan PR Mavenir:
Emmanuela Spiteri
PR@mavenir.com

TPG Telecom Australia Bekerjasama dengan Mavenir untuk Meningkatkan Keselamatan Suara Bagi Pengguna Mudah Alih dan Menyekat Panggilan Penipuan Didorong AI