Azfar Heri balas komen netizen yang malu lihat dia bawa adik OKU jalan2

Azfar Heri balas komen netizen yang malu lihat dia bawa adik OKU jalan2

Pempengaruh terkenal, Azfar Heri balas komen netizen yang mengatakan malu untuk membawa berjalan jika mempunyai adik Orang Kurang Upaya (OKU).

Komen tersebut diperoleh susulan perkongsian Azfar yang memuat naik momen sewaktu melayan adiknya dikenali sebagai Afif keluar berjalan-jalan sambil memenuhi keinginannya yang sedang suka pergi ke kedai perabot.

Azfar Heri balas komen netizen ‘mulut puaka’

Dalam posting berkenaan, ramai yang terhibur serta terharu dengan layanan Afzar terhadap adiknya yang OKU kerana begitu bahagia membawanya keluar bersama keluarga.

Namun, komen yang diterima oleh seorang pengguna X dilihat begitu ‘jahat’ kerana mengatakan dia berasa malu jika mempunyai adik yang mengalami masalah kesihatan seperti itu.

Walau bagaimanapun, pempengaruh berkenaan dilihat tenang membalas ejekkan tersebut dengan mengatakan tidak perlu malu mempunyai ahli keluarga OKu kerana kita semua adalah manusia.

“Heyy kenapa nak kena malu, jangan malu, dia pun manusia sama macam kita juga,” tulisnya ringkas.

Azfar Heri balas komen netizen

Artikel lain: Nampak sama tapi bukan! Netizen sangka Azfar Heri dah bertudung?

Azfar Heri balas komen netizen, warganet minta tak payah layan

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meminta agar Azfar tidak mengendahkan tentang komen berkenaan kerana dilihat sengaja mahu mencuri perhatian serta membuat provokasi.

Mereka meminta supaya pempengaruh berkenaan terus menjadi insan dan abang yang memberi inspirasi kepada ramai orang lebih-lebih lagi dengan caranya membahagiakan adik OKU serta keluarga tersayang.

Komen yang sangat kurang ajar

Lagi suka tengok Azfar beri inspirasi jadi abang jaga adik OKU

Memang ada orang yang tak suka ahli keluarga OKU

Azfar Heri sememangnya kerap berkongsi momen bersama adiknya, Afif di media sosial dan ramai yang gembira melihat keakraban mereka.

Dia yang merupakan anak sulung sememangnya kerap membawa keluarga bersiar-siar tanpa mengabaikan adik mereka yang OKU.

Semoga Azfar terus menjadi insipirasi kepada masyarakat diluar sana tentang kesedaran mempunyai ahli keluarga OKU supaya mencurahkan kasih sayang yang sekata untuk mereka.

Sumber: X Azfarheri, TikTok azfarherii

Scroll to Top