Rindu kehadiran ayah, anak hanya mampu cium baju terakhir dipakai arwah bapa

Rindu kehadiran ayah, anak hanya mampu cium baju terakhir dipakai arwah bapa

Kehilangan orang tersayang sememangnya berat untuk diterima. Lebih-lebih lagi jika perkara duka itu perlu dihadapi oleh anak kecil yang masih memerlukan perhatian daripada orang tua.

 

Oleh hal yang demikian, seorang pengguna TikTok dikenali dengan akaun @nurrr77 telah memuat naik momen hiba apabila anaknya tertidur sambil mencium baju arwah suaminya yang sudah meninggal dunia.

@nurrr377

Kalau anak2 lain,blh rasa pelukan hangat papa .tp anak2 ibu hanya mmpu peluk baju terakhir arwah papa pakai. 😔 #fyp #allahujitandaallahsayang

♬ rintihan rindu – Adek Nurul

Dalam perkongsian tersebut @nurrr377 memaklumkan baju yang dipeluk anaknya adalah baju terakhir yang arwah suaminya pakai sebelum meninggal dunia.

Dengan baju itu dia memujuk anaknya yang terlalu rindu akan sosok seorang bapa.

Wanita dikenali sebagai Nik Nur Khuzaimah itu juga menyataka bahawa baju tersebut tidak pernah dibasuhnya dan hingga kini menjadi pengubat rindu dua anak perempuannya yang masih kecil andai merindui kehadiran bapa tersayang.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menzahirkan rasa sebak melihat anak kecil yang begitu merindui bapanya.

Mereka juga sempat menyedekahkan al-Fatihah buat allahyarham suami kepada pengguna TikTok itu dan mendoakan agar dirinya tabah membesarkan dua anak walaupun tanpa kehadiran seorang suami.

Sumber: nurrr377

 

Scroll to Top