Berjaya satukan keluarga isteri, Ubai contoh suami yang baik – Netizen

Berjaya satukan keluarga isteri, Ubai contoh suami yang baik – Netizen

Netizen meluahkan rasa gembira apabila hubungan penyanyi Shila Amzah dan bapanya, ND Lala sudah kembali jernih apabila dia dilihat berada di majlis akikah anak keduanya, Rhea Akira baru-baru ini disampi berkata Ubai contoh suami yang baik.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Shila atau nama penuhnya Nushahila Amir Amzah telah memuat naik beberapa foto memaparkan majlis tersebut.

Ubai contoh suami yang baik

Instagram will load in the frontend.

Menerusi ruangan kapsyen hantaran itu, Shila memaklumkan mereka telah mengadakan majlis akikah itu sehari sebelum berangkat ke China.

Pada masa yang sama, Shila juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang telah hadir sekaligus memeriahkan majlis tersebut.

“Hanya sehari sebelum kami ke China, kami adakan majlis akikah untuk anak kami, Rhea Akira. Terima kasih buat semua keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” katanya pada ruangan kapsyen.

Ubai contoh suami yang baik

Pada hantaran tersebut, Shila dan suaminya, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli bersama anak perempuan mereka menangkap beberapa foto bersama keluarga dan rakan.

Shila juga tidak ketinggalan berkongsi foto bersama dirinya, Ubai dan anak bersama bapa penyanyi itu yang lengkap mengenakan baju Melayu berona biru.

Artikel lain: Sengketa berakhir, majlis akikah anak saksi hubungan Shila Amzah & ibu kembali jernih

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur dan kegembiraan kerana hubungan Shila dan ND Lala semakin baik.

Gembiranya tengok macam ni

Alhamdulillah, moga hubungan kekeluargaan sentiasa erat

Ahamdulillah…

Dalam pada itu, terdapat juga wargenet yang memuji Ubai kerana berjaya menyatukan kembali keluarga Shla walaupun sebelum ini pernah berselisih faham.

Bangga, Ubai contoh suami yang baik

Lelai yang tepat

Ubai contoh suami yang baik

Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mei lalu.

Sebelum ini, penyanyi yang menempa nama di China itu pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.

Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais, 6.

Sumber: Instagram Shila Amzah

Scroll to Top