Fandi sudah jangka tentangan dari Kedah

Fandi sudah jangka tentangan dari Kedah

sukan@hmetro.com.my

Alor Setar : Pengendali Sri Pahang FC (SPFC) Fandi Ahmad tidak terkejut malah sudah menduga skuadnya bakal diberi tentangan sengit oleh Kedah Darul Aman (KDA FC) apabila diikat dengan keputusan 2-2 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Aman yang berlangsung sengit semalam.

Namun beliau tidak dapat menyembunyikan rasa terkilan terhadap skuadnya yang terlepas peluang membawa pulang tiga mata di sebalik kekurangan yang dialami Kedah.

Pada aksi semalam Kedah dan Sri Pahang masing terikat 2-2 dengan Kedah hampir bangkit mendapatkan tiga mata sebelum dinafikan penyerang utama SPFC, Kpah Sherman.

“Kami sudah menduga Kedah mampu melakukan sesuatu di sebalik segala kekurangan mereka kerana Kedah adalah pasukan yang bagus.

“Kita tahu walaupun mereka tidak melalui latihan yang cukup dan kurang dari segi kecergasan namun ramai antara pemain mereka masih memiliki tahap kecergasan yang baik ketika beraksi.

“Kami hadir ke sini untuk menang kerana selepas perlawanan menentang PDRM lalu kami memiliki keyakinan yang tinggi dan cuma kami tidak mengambil peluang menjaringkan gol,” katanya

Fandi juga mengakui keputusan terikat 2-2 adalah keputusan yang adil dan terpaksa berpuashati dengan keputusan sama rata itu kerana kedua-dua pasukan memiliki peluang seimbang untuk menang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top