Selangor FC bawa pulang satu mata berharga

Selangor FC bawa pulang satu mata berharga

PETALING JAYA: Selangor FC memulakan kempen Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan langkah kanan apabila membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat Muangthong United 1-1 di Stadium Rajamangala, sebentar tadi.

Skuad kendalian Nidzam Jamil terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Ronnie Fernandez pada minit ke-47 berpunca daripada hantaran Yohandry Orozco.

Bagaimanapun, kelebihan tersebut dipadam pemain sayap Thailand, Purachet Thodsanit apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54.

Pujian wajar diberikan kepada penjaga gol Selangor FC, Azim Al Amin apabila beraksi cemerlang untuk menafikan beberapa percubaan berbahaya Muangthong United.

Keputusan tersebut menyaksikan Selangor FC turut mencipta kejayaan yang sama dilakukan Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila memulakan kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan satu mata hasil keputusan seri 2-2 menentang Shanghai Port di tempat lawan, semalam.

Selepas ini, Selangor FC bakal melayan kunjungan kelab Filipina, DH Cebu di laman sendiri manakala Muangthong United bertandang ke Korea Selatan bagi menghadapi Jeonbuk Hyundai Motors dengan kedua-dua aksi tersebut diadakan pada 3 Oktober ini. – UTUSAN

Scroll to Top