Tiada dokumen sah, nasab anak2 GISBH akan ditentukan oleh mahkamah syariah negeri

Tiada dokumen sah, nasab anak2 GISBH akan ditentukan oleh mahkamah syariah negeri

Nasab kanak-kanak penghuni rumah amal dikaitkan dengan GISB Holdings (GISBH)  akan ditentukan oleh mahkamah syariah negeri disebabkan tiada dokumen sah lahir daripada pernikahan yang mengikut hukum syarak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar, berkata ini kerana penentuan nasab terletak di bawah bidang kuasa mahkamah berkenaan.

Tegasnya, penentuan sah taraf anak yang dikaitkan GISBH itu adalah penting demi masa depan mereka.

“Maka hakim mahkamah syariah yang akan melihat pada keterangan sama ada keterangan lisan atau dokumen, …dari situ ia akan menentukan sama ada wujudnya perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak.

Scroll to Top