Fazura tak pandai tunjuk masalah kepada orang – Adira Suhaimi

Fazura tak pandai tunjuk masalah kepada orang – Adira Suhaimi

PETALING JAYA: Pelakon, Adira Suhaimi menyifatkan dirinya sama seperti pelakon, Nur Fazura yang sentiasa kelihatan tenang dan tidak menunjukkan sebarang masalah walaupun sedang menghadapi dugaan yang kuat.

Menurut Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira binti Suhaimi, 32, Fazura kelihatan baik dan tenang di lokasi penggambaran walaupun rumah tangga dalam keadaan bergolak bersama suaminya, Fattah Amin.

“Dekat set (lokasi penggambaran) dia (Fazura) sangat okay. Dia macam saya tak tunjuk masalah kepada orang,” katanya menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok bersama bekas suami, Datuk Red.

Selain itu, Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu berkata, Adira tidak suka berkongsi masalah dengan mana-mana individu termasuk keluarganya sendiri.

“Itu dah bahagian dia (Fazura), Adira sudah melalui apa yang dia lalui. Kita tidak berada dalam kasut dia. Kita semua tak tahu siapa yang bersalah.

“Tapi memang betul, Adira dulu pun tak cerita masalah dia dengan sesiapa termasuk ibunya sendiri.

“Jangan kata wartawan, pengurus atau adik-beradik, ibunya sendiri tak tahu apa-apa,” ujarnya.

Sebelum ini, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 13 September lalu.

Sehingga kini, punca perceraian tersebut tidak didedahkan secara terperinci.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 3.-UTUSAN

Scroll to Top