“Adik aku ada penyakit GBS..”- Hospital didakwa cuai, bayi meninggal dunia pada hari kedua dilahirkan

“Adik aku ada penyakit GBS..”- Hospital didakwa cuai, bayi meninggal dunia pada hari kedua dilahirkan

“Adik aku ada penyakit GBS..”

Seorang individu mendakwa staf di sebuah hospital terletak di Terengganu cuai kerana telah mengakibatkan anak saudaranya meninggal dunia, baru-baru ini.

Individu berkenaan tampil membuat pendedahan dan meluahkan rasa tidak puas hati akan tindakan pihak hospital berkenaan terhadap adiknya ketika melahirkan bayi sulung.

‘Adik aku ada penyakit GBS’

Menurut individu tersebut, adiknya meminta untuk diberikan antibiotik sebelum melahirkan anak kerana menghidap penyakit GBS (Streptokokus Kumpulan B).

Bagaimanapun, staf di hospital berkenaan tidak menghiraukan permintaan wanita itu sehingga mengakibatkan bayi itu terkena jangkitan kuman selepas dilahirkan.

“Anak buah aku dijemput Ilahi pada hari kedua kelahirannya. Semua berpunca daripada sikap acuh tak acuh staf hospital KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).
“Adik aku ada penyakit GBS, dia minta antibiotik sebelum beranak, staf buat tak tahu saja.
“Anak buah aku kena jangkitan kuman. Mula-mula pada bahagian paru-paru, kemudian merebak ke dalam darah,”kongsinya di platform X.

Apa yang membuatkan hatinya sedih apabila adiknya terpaksa melahirkan bayi sulung sebelum waktu Subuh dan anak kecil itu mengalami masalah nafas laju.

“Dipendekkan cerita dekat tengahari baru saja bersedia untuk hantar ke hospital besar. 
“Sampai di hospital besar, anak buah aku dah kritikal 50-50 dah, kena ditidurkan dan wayar penuh dekat badan.
“Paling ralat, adik aku pergi awal ke Hospital D tu, adik aku minta ambulan untuk hospital besar sebab masalah GBS. 
“Mereka boleh pecahkan terus air ketuban adik aku,”kongsinya lagi.

Katanya lagi, adiknya diberikan antibiotik sebagai langkah jaga-jaga ketika di hospital, namun tidak di hospital berkenaan (D) yang didakwa hanya membuat keputusan sewenang-wenangnya.

Kronologi…

Artikel lain: 13 tahun tunggu zuriat, bayi meninggal lepas lima hari hantar ke taska

Info jangkitan GBS semasa hamil

Al-Fatiha buat si anak syurga dan salam takziah diucapkan buat ahli keluarga. Moga dapat tuntut keadilan buat si kecil.

Sumber: X rushashraf,   FB Dr Zubaidi Hj Ahmad

Scroll to Top